Sunday, March 30, 2008
Taro aka Kux
Nih mamat 2 ekor ni. Muka dah dekat sama dah. Aku rasa penah lecturer tersilap panggil depa dua ni. Pastu siap ada budak2 bilik tipu junior kata depa kembar.. kekekek..
Sunday, March 16, 2008
Thursday, February 21, 2008
Menjelang PRU12: Undi Anda Tetap Rahsia
* sekadar berkongsi maklumat dari Encik labis...
by labisman
1. Pilihanraya ke 12 nampaknya begitu hampir sekali. Kabarnya ada orang yang meminati nombor 13, maka ianya akan dimulakan atau ditutup dengan 13.
Kalau mengikut Islam, kepercayaan kepada perkara seperti nombor yang memberi nasib yang baik adalah satu khurafat. Oleh itu sebagai jalan selamat, kita boleh lah mengatakan, kerana minat sangat terhadap sesuatu nombor maka banyak perkara mahu dilakukan berdasarkan nombor itu atas dasar suka suka.
2. Setiap kali pilihanraya akan ada pertanyaan “Adakah Undi Saya Rahsia?” atau “Bolehkah Undi Saya Di Ketahui Orang?”. Saya tidak mengetahui kenapa persoalan itu di war warkan hampir setiap kali pilihanraya. Mungkinkah orang yang bertanya itu tidak pernah mengundi. Mungkin juga orang itu tidak pernah mengetahui proses pengundian. Atau ADAKAH MUNGKIN ORANG BEGITU DILETAKKAN untuk menakut nakutkan bakal bakal pengundi dengan mengurangkan keyakinan bahawa undi itu rahsia?
3. Saya lebih suka pada pendapat yang terakhir. Bagi saya akan ada orang yang mahu supaya ramai pengundi merasa was-was dan merasa curiga bahawa pada akhirnya kertas undi mereka akan diketahui dan siapa mereka undi akan diketahui. Maka pengundi jenis ini akan takut untuk membuat pilihan yang wajar dan kemungkinan pengundi ini akan mengundi dalam keadaan hati terpaksa. Apa lagi jika mereka terikat dengan perkara perkara seperti AKUJANJI atau pun membuat perniagaan kecil yang bergantung kepada sesuatu pihak. Sudah tentu pengundi tidak akan merasa selesa dan merasa bimbang dan mungkin ada yang merasa takut.
4. Saya ingin menegaskan kepada pembaca sekelian bahawa UNDI TUAN DAN PUAN ADALAH TETAP RAHSIA. Oleh itu jangan takut untuk mengundi sesiapa pun. Tidak ada siapa yang tahu, siapa dan parti mana yang anda pangkah. Sila ikuti penerangan saya mengenai proses pengundian selepas ini. Walaupun saya bukan orang yang berautoriti untuk menerangkan, saya merasakan satu kewajipan saya untuk berkongsi pengetahuan saya. Nak dapat orang yang berkewajipan menulis di dunia internet ini, amat susah kerana sebab masing masing. Dan kalau yang pandai pun, mungkin telah berumur, oleh itu internet ini alien untuk mereka. JIKA SAYA MEMBUAT KESILAPAN, anda yg tahu perlu membetulkan dgn reply pada tulisan ini.
5. Pertamanya, sebelum hari mengundi, jangan sekali kali menyerahkan kad pengenalan anda pada sesiapa. Kad pengenalan itu mesti sentiasa berada dengan anda. Jika anda tersilap langkah, maka peluang anda mahu mengundi akan berakhir. Jika Kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen ditempat itu adalah Kerusi Panas, maka anda lebih perlu berhati hati.
6. Satu dua hari sebelum hari mengundi, anda mungkin menerima cetakan maklumat daftar pemilih anda. Parti Politik yang bertanding selalunya akan mengedarkan maklumat ini. Disitu akan di catatkan No siri daftar pemilih anda, No Kad Pengenalan, Nama Anda, Dimana Anda Mengundi dan Nombor Saluran.
7. Apabila anda telah yakin dengan maklumat, terutama maklumat dimana anda mengundi, dan anda tahu Nombor Saluran, maka pada hari mengundi anda tidak perlu ke kaunter SPR atau ke kaunter parti politik diluar pagar. Anda boleh terus masuk pintu pagar kawasan tempat mengundi dan terus menuju dimana saluran tempat mengundi anda ditempatkan. Jika anda tidak pasti Nombor Saluran anda, anda perlu pergi ke kaunter SPR diluar tempat mengundi. Jika anda pergi kekaunter SPR, anda sudah pasti akan beratur dua kali. Itu sebab ada baiknya untuk terus pergi ke Saluran mengundi anda.
8. KATAKAN lah, anda menghadapi masalah dengan tempat mengundi dan nombor saluran anda. Atau apabila anda pergi ke kaunter SPR, nama anda tidak ada dalam senarai. ATAUPUN apa apa masalah yang boleh mengganggu hak anda untuk mengundi. JIKA ini berlaku, saya mencadangkan anda TERUS PERGI KE KAUNTER BN di luar pagar. Tidak kiralah siapa yang anda ingin undi, dan tidak perlu diberitahu pun. Terangkan kepada mereka, isu anda, dan Insyallah mereka akan berusaha dengan hebat untuk memastikan anda dapat mengundi. Akan ada yang bertanya kepada saya, kenapa pergi ke kaunter BN. Saya tidak mahu menjawab disini.
9. Kiranya anda tiada apa apa masalah, maka anda telahpun beratur untuk mengundi. Apabila tiba giliran anda, Kerani Tempat Mengundi akan meminta Kad Pengenalan Anda. Beliau akan menyebut dengan kuat, No Daftar Pemilih anda, Nama Anda, No Kad Pengenalan anda.
10. Sekiranya tidak ada bantahan dari Polling Agen Parti yang bertanding didalam bilik mengundi itu, Kerani akan menggariskan nama anda, kemudian mengoyakkan kertas undi Parlimen dan kertas undi DUN dan diberikan kepada Anda. Untuk PRU12, kabarnya Kerani akan menitikkan DAKWAT HITAM ke kuku anda. {negara lain celup, negara kita ...titik aja, kabarnya ...jimat cermat). Kemudian anda bergerak ketempat membuang undi.
11. Anda memangkah apa yang patut, dan kemudian lipat lah dengan baik, mungkin lipat empat supaya tidak terbuka bila dimasukkan kedalam peti undi. Kabarnya peti undi kali ini adalah transparen. Lipat lah dengan baik, takut takut kertas undi anda terbuka dan dunia mengetahui siapa yang anda pangkah.
12. Anda pun melangkah keluar dari bilik mengundi, boleh balik rumah dan tidur. Masa mengundi akan tamat pada jam 5.00 petang.
13. Pada pilihanraya 2004, sebelum kerani mengundi memberikan kertas undi kepada anda, beliau akan menulis no siri counterfoil buku undi keatas kertas undi anda. INI TELAH MENYEBABKAN PARA PENGUNDI MENJADI BIMBANG YANG AMAT SANGAT, takut kalau kertas undi mereka boleh di kesan atau di trace balik, kerana ada nombor siri diatas kertas undi yang akan dimasukkan kedalam peti undi.
Untuk PRU 12 ini, PERKARA INI TELAH DIBATALKAN. BERMAKNA, kerana dibilik undi, TIDAK BOLEH MENULIS APA APA diatas kertas undi anda. Ianya telah dibatalkan semenjak dari pilihanraya kecil Ijok. Ada satu dua tempat mengundi di Ijok yang telah mengamalkannya lagi tetapi telah dibantah keras oleh Pemerhati Pilihanraya MAFREL. OLEH ITU TIDAK ADA LAGI SEBARANG TULISAN ATAU NO SIRI DIATAS KERTAS UNDI ANDA. UNDI ANDA TETAP RAHSIA.
CARTA PROSES MENGUNDI
1 - Anda masuk kawasan mengundi.
- ke meja SPR atau
- terus ke saluran mengundi & beratur
2 - kerani ambil IC , -sebut nama anda dgn kuat, -garis nama anda jika tiada bantahan
3 - kerani koyak kertas undi DUN&Plmen. Titik dakwat di jari &beri kertas undi pd anda,
4 -anda ketempat buang undi, pangkah, lipat dgn baik, masuk kertas dlm peti undi DUN
& Parlimen & keluar.
Dari Proses Di atas Tidak Ada Tanda Tanda Undi Anda Tidak Rahsia
Keyakinan bahawa undi anda adalah rahsia adalah amat penting untuk memastikan anda dapat membuang undi dengan rasa selesa dan aman tanpa ada ketakutan bahawa akan ada orang yang boleh mengesan undi anda.
Proses seterusnya ialah proses pengiraan undi yang akan saya terangkan kemudian, untuk mengelakan penulisan ini terlalu panjang. Insyallah.
[Mohon di Sebarkan pada rakan rakan anda dengan seluasnya]
Tuesday, February 5, 2008
Banyak untung kalau kenal lelaki (Yer ke?)
oleh Dr. HM Tuah
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL
Thursday, January 31, 2008
Apa kebaikkan poligami?
artikel dari www.keretamayat.blogspot.com kredit tuk sahabat ku ini. Artikel hanya pandangan peribadi beliau dan agak radikal.
(Cerita wanita mainstream yang ada konflict dalam diri dan penulis tidak tahu akan statusnya sama ada sudah berkahwin atau masih bujang yang mana beliau sudah email sejak lama tapi aku baru nak jawab setelah menganggap beliau yang berkejaya dan belajar ilmu dunia tinggi-tinggi sebagai anak dara dan aku namakan beliau cik adik)
Soalan dari cik adik melalui email
Saudara Hamka,
Terima kasihlah atas cerita-cerita agama yang telah saudara masukkan kedalam blog saudara. Banyak yang saya belajar ( tapi tak taulah samada dapat saya amalkan dan sampaikan. Doakanlah saya. )
Sebagai seorang wanita, saya ingin minta Saudara Hamka cerita sikit tentang bagaimana nak bawak kedua-dua agama dan dunia dalam kehidupan kita yang serba moden dan canggih nie. Ada banyak aspek yang berkaitan dengan hidup kita yang makin complex ini. Kita semakin jauh dari hidup serba sederhana dan mudah Rasulullah saw dan isteri-isteri serta anak-anaknya.
Masalahnya, kat Malaysia sekarang ni, hampir semua wanita berkerjaya. Kita hantar anak-anak perempuan kita untuk belajar ilmu dunia tinggi-tinggi. Bila bebudak pompuan tu dan berjaya mendapatkan segulung ijazah, maka ibu-bapa pun menaruh harapan menggunung bahawa anak-anak gadis mereka itu dapat mengubah nasib dan rezeki keluarga.
Kat Malaysia nie, ekonomi perempuan = ekonomi lelaki. Malahan sekarang nie, telah menjadi lumrah di mana wanita lebih berjaya dalam persekolahan dan kerjaya.
Yang susahnya, bila kami pergi program-program KEUGAMAAN, sentiasa kami diberi fadhilat kearah 100% penghidupan amalan rumah...ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah maka akan bersama-sama Rasullullah di syurga, wanita yang solat di satu penjuru rumah seolah-olah seperti solat di belakang Rasulullah saw, tutup aurat dengan sempurna, jangan pandang lelaki yang bukan mahram dan sebagainya....Untuk kami yang faham dan ada azam untuk bergerak kearah cara hidup Rasullullah saw, ia menimbulkan konflict didalam hati dan keluarga.
Sebagai wanita mainstream, kita dibesarkan dengan pergaulan (takdelah terlampau bebas) antara lelaki-perempuan di sekolah, di pejabat, di majlis-majlis pengajian (ustaz-ustaz), dan lain-lain. Saya harap perkonsian cerita/ilmu tentang sejarah Rasullullah saw ; ada tak kisah sahabiah-sahabiah yang berkerjaya?. Ada tak kisah pergaulan wanita-wanita dan kaum lelaki?. Bagaimana sahabiah dulu ikut bersama-sama orang lelaki pergi perang/jihad?. Bagaimana Aishah ra menjadi rujukan pada sahabat untuk ilmu-ilmu hadis?...dan lain-lain
Insya ALlah, jika ada kesempatan, boleh Saudara sampaikan serba sedikit apa yang saudara faham/belajar.
Jawapan dari aku melalui Blog keretamayat...
Pertama sekali, minta maaf kerana ambik masa berbulan bulan lamanya baru aku boleh balas email cik adik, selain factor geogarfi dan biologi, aku telah tekadkan azam dan gagahkah jua diri ini untuk cuba menjawab soalan soalan yang tecicir dalam dashboard keretamayat sambil meniti ranjau hidupku sebelum naik the real keretamayat, ..chewah!, harap cik adik belum jadi mayat dan sempat baca jawapan dari aku yang hina ini..
Cik adik, sebagai manusia mainstream... kita kena mengaku bahawa kita adalah makhluk yang lemah, sangat mudah jadi mayat melalui bebarapa aktiviti dan kita juga sangat sering mudah dan memang terdedah kepada godaan iblis..,
Sungguh ihklas soalan cik adik, dan sebagai manusia yang lemah, kita jugak ada masalah otak yang serius, iaitu tak paham kehendak Allah dan tak paham hikmah di sebalik Sunnah Rasullullah..
Sebagai contoh, walaupun Al quran dan complete lengkap, tapi kerana kejahilan kita, sudah tentu kita semua tak mampu nak taat perintah Allah dengan betul dan kerana itu sebagai mengimbangi tahap kemampuan akal manusia, Allah turunkan hadith-hadith pula melalui lidah Rasullullah SAW agar manusia dapat melalui gaya hidup yang sihat dan betul...
Dan dari sisa hidup aku yang hina dina ini, dalam kesempitan belajar ugama, aku juga tak jumpa sangat tentang hadith akan ganjaran wanita yang berkerjaya, atau kelebihan wanita bergaul (walaupun takdelah terlampau bebas), yang aku jumpa tentang azab dan ancaman, banyak pula, apa lagi nak di kata?
Maka dah tentu wanita wanita yang ikhlas macam cik adik akan rasa sedikit ralat dan conflict kerana bila rujuk hadith, asyik bercerita tentang 100% penghidupan amalan rumah, seperti ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah maka akan bersama-sama Rasullullah di syurga, wanita yang solat di satu penjuru rumah seolah-olah seperti solat di belakang Rasulullah saw, wanita yang basuh baju dan jemur baju, maka matahari akan berdoa keampunan untuknya, wanita yang terbaik adalah yang tutup aurat dengan sempurna, 3 hari wanita tak keluar rumah doa makbul, wanita yang duduk rumah selamat dari fitnah dajjal, wanita yang baik adalah yang tidak di pandang lelaki yang bukan mahram dan sebagainya.... (rujuk ustazah yang ikhlas)
Maka sekali lagi aku nak ingatkan cik adik bahawa kita adalah makhluk yang lemah, sangat mudah jadi mayat melalui bebarapa aktiviti dan kita juga sangat sering mudah di’bilis’ iblis..,
Oleh yang demikian, terdapat dua conflict yang sering melanda manusia..
i) Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah..
ii) Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah..
Akibat Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah, akan wujud seorang manusia yang berlagak berdiri di atas kaki sendiri, sering memuji kejayaan diri, berjalan dengan sombong dan angkuh, dan terus hidup dalam keadaan menolak takdir yang akhirnya membuka jalan ke neraka...
Akibat Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah pula, akan wujud seorang manusia yang was-was atau syak dengan kebenaran lalu menunaikan ibadat dalam keadaan conflict seterusnya sebagai azab dia akan tercegah daripada Sunnah, dan setelah mereka meremehkan sunnah, sebagai azab, mereka akan tercegah dari fardu, dan akhirnya tercegahlah mereka daripada Mengenal Allah yang akhirnya membuka jalan ke neraka...
Naduzubillah...
Aku tak perlu tunjukkan contoh orang yang Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah lalu mengakhiri hidup dengan menjadi mayat bunuh diri..
Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...
Sebagai contoh, seandainya adalah sorang professor atau kita semua yang hidup zaman Nabi dan buat research untuk layakkan korang dapat PhD..
Dan kita ambil satu daripada Perintah Allah sebagai kajian kita, dah tentu pada permulaan islam, perintah Allah yang pertama adalah buat Dakwah dari hati ke hati, face to face, door to door..
(Maaf, kerana bunyinya agak ‘tabligh’, tapi aku tulis tentang sunnah, dan korang tolong jangan jadi SLOW,)
Maka bila kita lihat Nabi kena pukul, kena ludah, kena baling najis, dan sebagainya, maka kita mula sangka buruk dengan perintah Allah, kerana kita nampak Nabi macam ‘gagal’..,Naduzubillah...
Beberapa tahun kemudian kita dapat tengok pula orang yang ikut Nabi kena siksa, kena azab, Bilal di cemati, Summayah di bunuh dan berpuluh lagi nyawa ummat islam terkorban, namun ada Nabi ubah startegi? Ada Nabi di landa conflict macam korang? Cuba laksanakan Dakwah dengan cara kepala otak pula? Tidak sekali-kali, Nabi faham perintah Allah...
Yang jadi masalahnya apa yang manusia semua duk pikir waktu tu?Orang mekah fikir Nabi dah gagal buat dakwah, kena pulau dilembah Abu Muatalib selama tiga tahun, kena boikot sehingga orang islam ada yang mati kelaparan, ada pulak yang lari ke Habsyah, lepas tu Nabi pergi berdakwah di Taif, kena rejam dengan batu sampai cedera sini sana..
Naduzubillah, jika kita ada zaman tu, kita jadi orang munafik kot kerana sangka buruk dengan perintah Allah dan takdir Allah, timbul konflict dan ralat melihat apa sudah jadi pada ugama islam? sudahlah dakwah tak berkesan, Nabi kena rejam dengan batu pula..oh!
Walaubagaimanapun, Nabi menangis dan berdoa dengan penuh sangka baik pada Allah dalam takdir Allah dan sangka baik dengan semua perintah Allah..
Doa Nabi selepas di rejam batu kat Taif.. (lebih kurang maksud):-
“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”
“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”
“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”
“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”
“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”
Paham tak?
Jadi begitulah kita manusia, selalu sangka buruk dengan Takdir Allah dan juga perintah Allah, yang mana akhirnya membuka jalan ke Neraka..oh!
Cuba lihat lagi di akhir dakwah Nabi di mekkah, setelah 13 tahun buat dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., semua orang Mekkah pakat pakat nak bunuh Nabi pula.., yang mana akhirnya Nabi ‘lari’ ke Madinah..., (hijrah sebenarnya)
Maka korang dan Professor tadi tutup research dengan membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad SAW telah gagal dalam menjalankan kerja dakwah baginda setelah di rujuk kepada kesan ke atas penduduk Mekah yang menjadi medan dakwah Nabi selama ini.. (Nauzubillah)
Yelah, orang yang ikut Nabi ramainya golongan hamba, ramai pulak kena bunuh, dan Nabi sendiripun nak kena bunuh.. bla bla, itu ini begitu begini..
Selamat terima ’PhD’ (pala hotak dungu!)
Hampeh!!!
Padahal cerita baru bermula..., itulah perasan pandai.., mari sini aku cerita!
Cerita yang baru bermula adalah, Allah menjanjikan tiga perkara kepada mereka yang buat dakwah cara nabi..
1) Iman akan meningkat.
2) Hidayat akan tersebar
3) Terlepas dari tuntutan Ummat di akhirat..
Kita bincang lain kali tentang ‘Iman meningkat’ dan ‘Terlepas dari tuntutan Ummat’.., kita pergi pada bab ‘Hidayat akan tersebar’...
Sebagai contoh, apabila nabi Musa a.s, berdakwah pada firaun dan Firaun enggan, lalu menghatar 1000 ahli sihir menentang Nabi Musa a.s, nampak ‘macam’ gagal, tapi dengan kehendak Allah, semua ahli sihir dapat hidayat dan mati dalam iman..
Apa yang kita tak faham, bagaimana sungguh-sunggunnya akan Dakwah nabi Musa kepada firaun sehingga datang 7 bala, firuan tetap dengan pendiriannya, tapi dengan sekelip mata Ahli sihir Firuan pula mendapat hidayat Allah..
Ini yang kita tak paham...
Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!
Iaitu kita buat dakwah kat orang lain, tapi hidayat tersebar kepada orang lain, kenapa?
Kerana bila kita buat dakwah macam Nabi maka akan wujud medan hidayat, macam magnet, yang mana siapa yang nak pada hidayat, maka dia akan tertarik kepada hidayat., Ini yang kita kena faham..
Begitu lah dengan penderitaan 13 tahun Nabi di Mekkah, yang orang kafir anggap nabi sudah gagal, tapi setibanya Nabi di Madinah, telah wujud satu kaum besar yang sedang mendapat hidayat berterusan dari Allah, sedia bantu Nabi dan rela berkorban nyawa untuk tegakkan ugama, walhal, nabi tidak pernah berdakwah di sana..
Ini yang kita tak paham...
Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!
Hari ini ummat islam inginkan Negara islam seperti Madinah, berjuang dengan bermacam-macam strategi, tapi hajat tak tercapa jua, kenapa? Kerana apabila tuan inginkan ’Madinah’, di mana 'Mekkah’ tuan-tuan?
Kenapa abaikan Mekkah untuk dapat Madinah? Bukankah akhirnya Madinah kembali keMekkah dalam peristiwa fatal mekkah,?
Dan ‘mekkah’ itu ada depan mata tuan-tuan, iaitu dalam dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., hidayat akan tersebar ke seluruh alam..
Itu yang kita tak faham…
Apa lagi nak di kata?
Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...
Ada tiga Perintah Allah yang banyak menimbulkan conflict dalam diri Ummat islam..
1) Dakwah cara Nabi (hati ke hati, face to face, door to door..)
2) Solat berjemaah (bagi lelaki) dan solat awal waktu(bagi perempuan)
3) Aurat lelaki dan wanita (pergaulan)
Jika di rujuk pada hadith tentang ketiga-tiga perkara di atas, banyak hadith yang menceritakan kelebihan dan ganjaran kepada mereka yang berjaya buat dakwah cara Nabi, solat berjemaah dan jaga pergaulan, kemudian betapa kerasnya ancaman apabila mengabaikan perkara tersebut, maka ini akan menimbulkan conflict dalam diri kerana melalui akal dan pandangan kita, dalam suasana dunia hari ini, seolah olah ketiga tiga perkara itu sudah tidak begitu releven, (naduzubillah), Dakwah cara Nabi di lihat tidak berkesan, solat berjemaah akan menggangu tugas harian kita, dan Aurat dalam pergaulan akan membataskan idea kreativiti kita…,
Lalu kita cuba cari lagi, belek kitab, tadah telinga, pergi kuliah, tanya ustaz, rujuk ulamak yang hak dan sebagailnya, tapi hasilnya adalah, kita tiada pilihan lain, yang jelas menjadi nyata, yang batil juga terang jalannya, dan kesimpulannya, untuk berjaya kita kena Taat Perintah Allah, Ikut cara Nabi Muhammad SAW…
Sebelum syitan dan Nafsu mengusai jalan dalam tindakan, pulanglah kita dengan menyerah diri kepada Allah dengan bersangka baik terhadap dua perkara ini, iaitu:
1)TAKDIR ALLAH
2)PERINTAH ALLAH..
Kerana akal dan fikiran kita adalah di cipta oleh Maha Pencipta, maka siapalah kita untuk Melangkau Yang Maha Pencipta..oh!
Pulanglah dan bertaubatlah…
Maka cik adik, berbalik kepada soalan cik adik, sebagai perempuan kena utamakan tiga perkara:-
Jaga Solat.
Jaga Aurat
Jaga Akhlak.
Iaitu solat awal waktu, tidak menampakkan aurat, dan tidak bergaul dengan bukan mahram..Dan untuk jaga ke tiga tiga perkara ini, mana lebih mudah?, di rumah atau di tempat kerja?
Dan betapa banyak hadith yang menerangkan fadhilat wanita yang berkhidmat di rumah..Dan betapa banyak hadith yang mencela wanita yang pergi ke luar rumah..
Aku tak nasihat cik adik berhenti kerja dan mogok dalam rumah, jika cik adik boleh jaga tiga perkara di atas, go on, pergi kerja, kerana ada tempat kerja yang memerlukan wanita bekerja, dan ada wanita yang tiada wali menjaganya yang mana beliau terpaksa kerja, go on, tapi jangan lupa untuk jaga tiga perkara di atas, dan sudah tentu wanita yang duduk rumah adalah lebih mulia dari wanita yang keluar rumah..
Itu adalah perintah Allah, dah banyak ustaz yang terangkan benda ni, dan cubalah berbaik sangka dengan takdir dan perintah Allah, maka mata hati akan nampak hikmah di sebalik kehendak Allah..
Bukankah Allah yang mangatur bumi tidak berlaga dengan plenet lain?, yang mencipta orbit bagi bumi untuk bergerak, yang mencipta gravity untuk kita jatuh bangun, yang mencipta suhu hidup kita sebanyak 37 darjah celcius, yang menormalkan kita di tekanan atmosphera yang berjumlah 14. 7 psi bersamaan 1.033 kg/cm2?
Dan apa jadi jika tekanan bumi berubah? Apa jadi jika suhu badan kita meningkat kepada 40 darjah celcius?, apa jadi jika bumi jika tergelincir sedikir dari orbit dan mendekati matahari sebanyak 10 cm? Apa jadi jika lapisan ozon bocor? Maka sudah tentu dengan izin Allah dunia ini akan hancur dan musnah..
Akrian, apabila Alah yang Maha bijaksana menciptakan seluruh alam dan mengawalnya dengan Maha bijaksana pula, adakah boleh kita anggap perintah Allah yang Maha bijaksana ada yang tak kena dan conflict?
Siapa cipta otak dan akal kita?
Maka di sinilah masalah yang timbul, ramai orang yang jadi kafir apabila gagal menerima Takdir dan ramai orang islam menjadi Munafik apabila gagal menerima perintah Allah..
Gagal mencari kebaikkan dalam dua perkara itu akan membawa kita kepada semua conflict dalam dunia dan akhirat..
Berbalik kepada soalan cik adik yang seterusnya,
Ada tak kisah sahabiah-sahabiah yang berkerjaya?.Fatimah r.a pernah tolong Ali r.a dengan pergi bekerja, tapi cukup sekadar keperluan, apatah lagi saidina Ali sibuk berdakwah sampai tak balik rumah, tak haram wanita bekerja yang penting dapat jaga tiga perkara, solat, aurat dan akhlak...
Ada tak kisah pergaulan wanita-wanita dan kaum lelaki?.Aku yang jahil ini tak dengar lagi akan cerita pergaulan bebas zaman nabi, yang ada ketika itu adalah hamba perempuan, dan Nabi serta sahabat mengamalkan poligami, masalah ekonomi perempuan selesai bila menjadi madu orang lain, zaman ini ramai wanita tak bersedia.., rela bersusah payah bekerja daripada di tanggung makan minum oleh suami orang.., ni masalah tak nampak kebaikkan dengan perintah Allah...
Bagaimana sahabiah dulu ikut bersama-sama orang lelaki pergi perang/jihad?.Mereka pergi ikut keperluan, zaman permulaan islam, orang islam tak ramai, mereka pergi memberi rawatan dan ada yang angkat pedang, itu dah masuk darurat di zaman perperangan.., tak boleh nak samakan negara yang aman sekarang dengan keadaan darurat waktu tu, ..,
Seperti aku dah cakap tadi, jika cik adik boleh jaga tiga perkara di atas, go on, pergilah kerja, kerana ada tempat kerja yang memerlukan wanita bekerja, dan ada wanita yang tiada wali menjaganya yang mana beliau terpaksa kerja, go on, tapi jangan lupa jaga tiga perkara di atas, dan sudah tentu wanita yang duduk rumah adalah lebih mulia dari wanita yang keluar rumah.., kena ingat tu..! dan seandainya kita gagal jaga solat, aurat dan akhlak di luar rumah, untuk apa kita dedahkan diri kita di ‘bilis’ iblis?
Bagaimana Aishah ra menjadi rujukan pada sahabat untuk ilmu-ilmu hadis?...Aisyah adalah Ibu orang islam, Ummul Mu'minin, haram berkahwin dengannya dan di anggap ibu kepada semua orang islam, maka tiada masalah nak merujuk ilmu-ilmu hadith daripada seorang ’ibu’ bukan?
PenutupKita di ibaratkan seperti seorang anak kecil yang cetek pemikiran, lalu sebagai kasih sayang, seorang ayah memberi kita cincin emas yang bertahta berlian, sangat cantik dan kita sering bawa ke sana kemari..
Di jalanan kita jumpa dengan seorang manusia yang menjual gula gula berperisa sweet sour…
Dengan kejahilan kita tentang nilai berlian, kita telah sanggup tukar cincin emas bertahta berlian itu dengan sebiji gula-gula dan pulang ke rumah dengan riang ria..
Tidakkah itu kerja gila?
Tapi si anak kecil tak faham, dan benci pula pada ayahnya kerana marah dengan dirinya.., begitulah kita hari ini, yang sering meninggalkan solat awal waktu kerana asyik dengan dunia, melanggar batas pergaulan kerana asyik dengan dunia..
Tidakkah itu kerja gila?
Senang cerita beginilah wahai cik adik, abang (naik pangkat dah aku, jadi abanglah pulak) bagi lagi satu contoh standard budak tadika sebagai tamsilan iaitu, apabila kita bawa kereta, lalu di tahan oleh JPJ atau polis, mereka bertanya dua soalan sahaja, iaitu:
1)Ada lesen tak?
2)Road tax hidup tak?
JPJ atau Encik polis tak tanya kita ada anak berapa orang? kerja kat mana?, beli kereta pinjam Bank mana? ada update blog tak? Tak tanyapun!!!
Begitulah kita bila jadi mayat kelak hanya akan di tanya tentang dua perkara sahaja, iaitu
1)Iman.
2)Amal.
Akhir kata, berbaik sangkalah dengan Takdir Allah dan Perintah Allah, insAllah segalanya akan selesai...
Aku sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tapi tak cukup masa melainkan kau jadi bini aku nombor dua, bolehlah kita cerita panjang sambil belajar biologi.. bercerita tentang poligami kelak,timbul lagi conflict dalam diri kerana tak paham ugama.. dan buruk sangka dengan perintah Allah... aku akhiri entry ini dengan soalan:
Apakah Kebaikkan Poligami dan Monogami?
Memandangkan potongan bawang bini aku semakin besar dan kelihatan semut berkeliaran di sana sini, walaupun aku dah pijak tapi masih tak mati, teringat pula aku bahawa ‘lesen’ dan ‘road tax’ yang macam ada masalah, maka aku tutup karangan ini dengan wabila wa taufil al hidayah, Asalamulaikum warahmutullahi wabarakatuh..., wallahulam!
Ps: berbaik sangka juga dengan aku, Ok?! (sambil kenyit mata)
Monday, January 28, 2008
Futsal dan Ahad
Tahniah aku ucapkan kepada sahabat2 yg hadir untuk berjuang ahad lepas. Segala update dan result game boleh dilihat di
http://www.alissara78.blogspot.com/
http://www.kuchalana.blogspot.com/
Insyallah ada plan tuk family gateway (btoi ka eja) dalam bulan march or april. Smua masih dalam perancangan. Apa2 kmi akan update kemudian.
http://www.alissara78.blogspot.com/
http://www.kuchalana.blogspot.com/
Insyallah ada plan tuk family gateway (btoi ka eja) dalam bulan march or april. Smua masih dalam perancangan. Apa2 kmi akan update kemudian.
Monday, January 21, 2008
Reminder for Futsal
Subscribe to:
Posts (Atom)