Monday, December 31, 2007

40 Kesilapan Ibu Bapa dalam mendidik anak2


Artikel ini dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali. Ini antara kesilapan teratas dari soal selidik dan kajian oleh beliau. Jadi sama2 la kita belajar mana yg patut.

Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
Kurang melahirkan kasih sayang.
Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak.

Tidak menggunakan bahasa yang betul.
Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
Tidak tegas mendidik anak-anak.
Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Wednesday, December 19, 2007

Update dari aku yg sibuk

Salam...
1. Tahniah pada adatiada atas majlis beliau pada 22/12 di manjung dan 25/12 di rawang. Dgr2 geng makcik2 buat rombongan cik kiah ke manjung. Jadi Selamat pengantin baru kepada adatiada dan amir.

2. Selamat juga bercuti kepada smua. Nih drag cuti sampai new year jadi berhati2 dijalan raya.

3. Nih aku ada tgk satu mende pelik kat mybloglog. Actually aku kasi link tu suh korang create blog korang sendri dan bleh menglinkkan diri korang dalam mybloglog. Korang boleh tgk sample di http://www.kuchalana.blogspot.com/. Kalau nak create blog, korang bleh pi http://www.blogger.com/ dan create blog korang. Dalam tu korang boleh la nak ngarut apa korang nak. But this Tsixcorner will be main link tuk smua blog2 kawan2 yg ada. Dalam blog korang, bleh la nak citer pasal daily aktiviti, anak2, keluarga, politik, lawak atau apa ja pasal diri korang. Nak meniaga pon bleh. Tutorial aku kasi kemudian pasal meniaga melalui blog nanti.

4. Jadi selain yahoogroup kita, this Tsixcorner will be main exchange lepas ni pada smua kengkawan yg ada. Klu boleh pada sesiapa yg ada event ka atau mende2 nak share boleh email aku personaly atau En. Zul. Kmi akan load ke entry apa yg patut. Lagi satu ada satu bahagian shout tu, klu boleh gunakan la features yg dah disediakan tuk update diri masing2 atau anything.

5. Selain tu ada bahagian komen dalam setiap entry, jadi korang boleh komen apa yg patut. Klu kmi rasa komen yg diberi tidak berapa sesuai, komen itu akan diremove. sbb aku tgk skg ni korang ni ramai yg dah berkeluarga dan nampak lebih sensitip dari dulu. Risau gak ada yg duk majuk mcm org tua2. Huhu.

6. Klu korang rasa ada artikel nak dishare. Korang bleh email aku direct kat papai_olive@yahoo.com. Aku akan load ke entry trus.

7.Selain dari tu mintak korang war2kan pasal blog kita ni, pada kawan2 yg tau pasal batch kita, pensyarah atau sapa2 ja. Niat link ni nak kumpul smua kawan2 dari batch DCS10 khususnya dan budak2 manjung secara amnya. At least we have source tuk update pasal kawan2.

8. Yang terakhir. New movie dari hero pujaan ku Stephen Chow akan keluar 7th Feb 2008. Dgr2 akan keluar di US sebelum kepasaran asia sbb citer ni production dari Colombia Picture. Bak kata En Zul.. Yew monggggg...



Saturday, December 1, 2007

T Six Corner Bowling Tournament


Seperti yang dijanjikan, di bawah adalah butiran rasmi bagi tournament kita untuk kali yang kedua ini.


Tarikh : 5 Januari 2008

Masa : 10:30am - 2:00pm

Tempat : ARL Power Bowl, Alamanda Putrajaya

Bayaran: RM 25 setiap peserta (games+shoes sahaja,stoking sendiri)


Setiap peserta akan bermain 3 games secara cross-lane dan pemenangtempat pertama, kedua & ketiga bagi kategori lelaki dan wanita akanmenerima hadiah berupa sebuah ^%@(&!&%@& yang ditempah khas dariWisma Central. Penyertaan spouse juga amat dialu-alukan.


Bayaran penyertaan perlulah dibayar sebelum 1 Januari 2008 kepada:

Zulkiflee Zainal MBB 564388100342


Sila maklumkan kepada pihak penganjur (aku le tu) sekiranya bayarantelah dibuat melalui SMS/Call (017-2769900) atau email(zulkiflee.zainal@citi.com).