(untuk Ibu Bapa yang ada anak remaja, mari bincangkan isu anak dan organ seks mereka yang bahaya)
Aku nak nasihat sikit pada ibu bapa di luar sana, terutamanya yang ada anak anak remaja…
Nasihat tentang: anak dan organ seks mereka yang bahaya…
Aku nak nasihat sikit pada ibu bapa di luar sana, terutamanya yang ada anak anak remaja…
Nasihat tentang: anak dan organ seks mereka yang bahaya…
Straight to the Point!
Sebenarnya manusia ini ada tiga jenis, satu yang kuat seks, dua yang biasa-biasa dan ketiga yang bersifat dingin…
Dengan kehendak Allah, membiaklah manusia dengan sebiak-biaknya…
Lalu tidak terfikirkah kita wahai ibu bapa sekalian, akan kenapa Allah matangkan kemaluan kita seawal usia remaja?
Lalu, Nafsu nak bersetubuh yang dahsyat akan menyerang kelompok pertama yang aku maksudkan..
Dan tanpa iman yang kuat serta tanpa didikan ugama yang betul, melepaslah segala hangat hajat bersetubuh para remaja pada kangkang-kangkang si gadis-gadis yang baru mengumpul dosa..
Lalu bergeserlah pusat, dan bersentuhlah lidah, dan berlagalah akan segala lubang kencing di sini sana, adik orang, isteri orang, ibu orang, anak orang menjadi mangsa melepaskan air kepala…
Namun masih ada yang waras serta iman di dada, dalam usia muda, di uji Allah dengan keinginan bersetubuh yang dahsyat.., namun cuba mencari jalan untuk berkahwin awal.
Tapi, Ibu-bapa pula yang menghalang…
Hampeh betul…
ANAK NAK KAHWIN TAPI MAK BAPAK TAK BAGI!
Wahai para ibu bapa sekalian, ketahuilah, anak muda zaman sekarang berbeza dunianya dengan kamu, oleh yang demikian, boleh tak beri tunjuk ajar? dan pilihan kepada anak-anak kamu dalam mengatasi masalah air nak kepala meleleh ke telinga ini..
Wahai ibu bapa sekalian, anak anak remaja kamu yang sudah sebati dengan seks bebas di luar sana, sudah lama melepaskan hajat dengan cara yang salah, ibu bapapun tak tahu atau tak ambik tahu.., neraka dunia dan akhirat bukanlah pilihan yang bijak.
Namun, apabila ada antara anak kamu yang minta izin untuk kahwin, fahamilah keinginan untuk inzal mereka…
MEREKA DAH TAHAN YANG AMAT, RASA NAK BERSETUBUH AMAT SANGAT, AIR TELAH NAIK KEPALA, DAH MELELEH KE TELINGA, TAPI MEREKA MASIH BERTAHAN KERANA MASIH TAKUT DENGAN AZAB ALLAH….
Lalu mereka merayu kahwin awal, tapi kamu pula menghalang…
Maka, tanggunglah dosa dosa mereka yang mendatang wahai para ibu bapa sekalian…
Anak lelaki yang kuat seksnya, bila dah stim, kemaluan akan menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis atau telur lelaki akan rasa ‘senak’, dan pada waktu itu keinginan untuk mencari lubang untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya…, masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur kadang-kadang.Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk…, (bagus jugak perasan sibuk ni)
Namun kamu duhai si ibu bapa, terus marahkan anak kamu yang nak kahwin awal, mungkin sebab kamu tengok anak orang lain Ok, sahaja,
Ok sahaja?
Ok, jika dah bersetubuh dengan pakwe makwe masing-masing…, atau punyai nafsu seks yang dingin..
Tapi fahamilah orang yang ada penyakit ini, bukan semua yang kena gejala ini, iaitu:-
“gejala air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, sampai tahap, ada yang tak boleh tidur, dan tak boleh tengok TV, oh!!
“gejala air mani dah penuh testis hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga”, sampai tahap, ada yang tak boleh tidur, dan tak boleh tengok TV, oh!!
Tahukah wahai si ibu bapa sekalian?MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..Awas, anak perempuan-perempuan kamu yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol anak gadis kamu beramai-ramai-naduzubullah!Perasan tak kamu akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu bersetubuh yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka rela mati rempit kerana itu!!!
Tahukah wahai si ibu bapa sekalian?ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..
Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ibu bapa semua tak kisah???
Tahukah wahai si ibu bapa sekalian?REMAJA –REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN BERSETUBUH YANG DAHSYAT..Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,Dan ada juga yang kena ‘rogol’ secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal, berlaga lubang kencing.., akhirnya masuk neraka..
Zaman sekarang wahai ibu bapa sekalain, anak-anak muda kita mudah dapat ‘pendidikkan seks’, zaman kita muda-muda dulu nak bawak pita video lucah bukan senang, letak dalam poket orang nampak, kena bungkus dengan surat khabar, tapi remaja sekarang ‘bahan melancap’ itu hanya dalam bentuk CD, dan lebih haru lagi sekarang boleh simpan dalam handphone, rasa nak melancap boleh bukak handphone dalam tandas, itu yang takde awek lagi, yang dah ada awek apa jadi?
Huh! siap buat filem sendiri guna kamera handphone.., tak percaya boleh bukak Tv internet, oh..oh..oh.., itu yang dah depan mata, apa akan berlaku pada cucu-cucu kita yang baru lahir untuk tempoh sepuluh tahun akan datang?Hanya imanlah penyelamat sepanjang zaman, sehingga jadi mayat, sehingga ke negeri akhirat…
Maka wahai ibu bapa sekalian, ketahuilah bahawa anak kamu adalah sangat BAGUS kerana mintak IZIN nak BERSTUBUH melalui PERKAHWINAN yang HALAL.SANGAT BAGUS!Semoga anak anak aku dalam gambar diatas, akan mintak IZIN nak BERSTUBUH melalui PERKAHWINAN yang HALAL juga, insyAllah ayah izinkan…
Secara kesimpulnya, nampak macam ada dua masalah:-
1.Ibu bapa yang tak faham ugama dan keperluan anak remaja, atau ibu bapa yang rasa malu anak kahwin awal atau ibu bapa rasa masa depan anak akan terjejas jika kahwin awal.
Tapi dosa mereka adalah tanggungan kita, anak nak kahwin, jangan halang, banyak kes depan mata bila ibu bapa halang, si anak ni kahwin lari, kita terus tak mengaku anak dan di hujung usia masing masing tunggu siapa mintak maaf dulu dan bila dah jadi mayat baru nak peluk dan cium dahi..oh!
2.Masalah ke dua, Anak anak yang gagal meyakinkan ibu bapa kerana mereka si anak-anak kelihatan belum matang dalam buat keputusan, atau tak pandai nak tentukan masa depan.., atau anak sendiri gagal membuat permohan dengan betul, dan tak pandai pujuk ibu bapa, tahu nak salahkan ibu bapa sahaja..
Yakinkanlah ibu bapa kamu bahawa kamu akan habiskan study, akan cari rezeki yang halal, akan lahirkan cucu yang comel dan akan jaga hubungan dan nama baik keluarga..
Panjang cerita, aku habiskan di sini..
Akhir sekali, sebagai rujukan bersama, dalam Inbox Email aku bersepah soalan kes sebegini yang datang dari remaja nak kahwin tapi ibu bapa pula menghalang…, dan aku pula langsung tak boleh nak tolong..
Aku pilih sikit bebarapa email, nak paste semua tak larat pulak kamu nak baca,
Maka, wahai ibu bapa sekalian, bacalah email ini dan fikir-fikrkanlah…, jangan biarkan diri anda di selubungi ..misteri..
***********Email 1
Assalamualaikum bro hamka.
First time saya jumpa blog yang membicara isu seks secara terang-terangan( mungkin bagi saya) dan mencari jalan alternative yang baik.
Isu seks sekarang memang dasyat dan kita tak dapat nak elak walhal pelajar university (saya juga pelajar university). Dan saya mengaku bahawa ramai remaja sekarang mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersetubuh. Nak salahkan sapa? Dunia dah terlampau terdedah.
Saya nak cerita kisah saya yang dihalang untuk menikah. Boleh disiar buat tatapan blog dan kalau ibu bapa yang membacanya Alhamdulillah.Saya minta nikah dari parents dari umur 19 tahun dan sampai sekarang tahun 2008 umur naik 21, ibu saya masih menghalang.Pada mula, saya minta nikah dengan niat ikhlas sebab nak elak maksiat. Tapi mungkin sebab terlalu awal dan baru satu semester masuk U, parents tak bagi. Disebabkan rumah jauh dari U (dipisah Laut China Selatan), saya tak da kesempatan banyak untuk berbincang. Saya selalu bermesej, telefon dan merayu agar diizinkan nikah. Ayah izinkan tapi ibu saya menghalang sekeras-kerasnya. Dia taknak saya jadi nasib macam dia yang kawin awal dan hidup susah. Bila saya merayu seteruk-teruknya, hantar surat menjelaskan keadaan U penuh maksiat dan dalil Islam agar suruh anak menikah, diorang setuju tapi dengan syarat nak tengok calon dulu.
Masalahnya, saya tak boleh dapatkan calon (yang dibantu rakan) selagi belum dapat keizinan ibu bapa sepenuhnya. Dan calon tu saya berani jamin elok agamanya kerana saya kenal dakwah dan tarbiyah mereka. Tapi ibu saya bersikap pelik. Dia kadang-kadang cakap setuju,kadang-kadang tak setuju kadang-kadang dia marah dan maki hamun pada saya. Anak derkaha, tak kenang budi, tak kesian mak bapak memang dah lali kat telinga.
Saya cuba tangguhkan niat untuk menikah kerana kesiankan ibu bapa tapi keadaan saya yang bertambah teruk. Mula-mula risau maksiat, sekarang diri pulak terasa nak buat maksiat. Masya Allah..sangat sukar nak bermujahadah dalam situasi pergaulan dunia sekarang. Jadi saya telefon seorang guru di sekolah lama saya dan tanya macam mana nak pujuk ibu bapa supaya diizinkan nikah. Dan saya tak sangka dia datang jumpa ibu bapa saya. Rasa malu jugak pada parents sebab melibatkan masalah dengan orang luar. Dan tak lama kemudian, ibu saya setuju dalam paksa.
Lalu saya ceritakan pada kawan saya tentang keizinan ibu bapa saya dan malangnya dia kurang percaya dan agak terkejut. Dan saya pun menunggu penuh sabar akan kedatangan calon tapi sekian lama tak kunjung tiba. Kebiasaannya, proses hanya tak sampai 6 bulan. Tapi saya dah lebih 6 bulan tunggu. Dalam penat menanti, saya dibatasi perasaan malu yang amat sangat.
Tahu tak, untuk mintak menikah pada ibu bapa pun saya rasa malu macam nak nyorok dalam gua bertahun-tahun. Saya malu dengan kawan-kawan yang tahu dengan keinginan saya untuk menikah tapi tak nikah-nikah pun. Banyak yang suruh saya bersabar tapi nak sabar macam mana.
Bila nafsu datang bergelora dan membuak-buak, kadang rasa nak bunuh diri. Saya ni tak pernah tengok VCD lucah.Nak belajar tak boleh, pegi kuliah tak semangat sebab rasa buat dosa, memaksakan diri beribadah pada Tuhan sebab rasa malu bertebal dan sampai keputusan exam jatuh terus. Saya pernah jatuh sakit seminggu sebab derita menahan perasaan ini. Saya tak suka tapi ia datang sendiri. Saya selalu terperap dalam bilik seorang diri, dengar lagu nasyid, baca buku Islam, baca Quran tapi stil tak dapat nak hilangkan. Saya terus dihantui perasaan berdosa. Emosi jadi tak stabil, cepat marah-marah dan kadang-kadang rasa berdendam pada mak yang menghalang saya menikah. Saya beristikharah, solat hajat dan saya buat keputusan untuk keluar Universiti.
Saya tak sanggup tahan perasaan ini dan saya nak cari biah yang boleh bantu saya menjauhkan nafsu dan sedikit harapan untuk menikah bila keluar u. Saya dah pasang niat, di rumah kalau ada orang berkenan dan masuk minang terus saya terima. Tapi hampir 7 bulan saya keluar u, tak ada orang meminang walaupun jiran sebelah rumah saya ni adalah tukang cari pasangan. Rupa-rupanya mak saya yang menghalang. Mak saya cerita pada jiran saya yang dia tak akan bagi nikah walaupun umur saya dah 21tahun.Dia nak suruh saya habis belajar dulu.
Memang saya di rumah hampir gila dan agak tertekan memikirkan tindakan mak saya yang dasyat menghalang saya untuk nikah dan antara perasaan saya yang gila dikuasai hawa nafsu. Malah mak saya pernah telefon beberapa kawan saya di university untuk tanya hal saya yang nak menikah sangat-sangat ni. Sangat memalukan dan saya hanya mampu bersabar dan berdoa.Saya tak pernah cerita masalah ni pada sesiapa kerana saya dibatasi perasaan malu yang amat sangat. Saya menutup aurat sepenuhnya, menjaga solat, membaca Quran, menghormati orang tua, berwajah comel(orang kata) dan tidak bersosial kerana saya gadis kampung yang dijaga pergaulannya. Cuma satu je masalah saya: macam bro hamka selalu tulis dalam blog dia.-rasa nak bersetubuh( agak kasar) atau bahasa lembutnya dikuasai hawa nafsu yang menggila.
Ini adalah reality dan kepahitan yang diturunkan sebagai ujian oleh Allah buat saya. Benda ni banyak mencetuskan konflik saya dengan ibu. Saya dah tak tahu macam mana nak cari jalan untuk menikah sebab saya tak ada couple. Kawan lelaki pun tak ramai. Saya tak kisah untuk menikah dengan sesiapa asalkan berpegang teguh pada agama, tak merokok dan lebih tinggi dari saya(164cm). Kalau menikah dengan pelajar pun saya tak kisah.Orang pulak taknak tolong cari untuk saya dengan alasan saya masih muda dan kena fikir mak ayah yang selama ni hidup susah.Tambah lagi saya anak sulung dan berjaya. Adik lelaki semuanya agak hampeh. Teringin jugak nak cari jodoh melalui blog hamka ni tapi takut dan malu pulak. Kena tipu tak ke naya.
Apa pun doakan mujahadah saya dengan jalan Allah berjaya. InsyaAllah tak lama lagi saya akan memakai purdah: mungkin sebagai satu cara membendung nafsu dan mambantu menundukkan pandangan. Saya harap jangan kerana kisah saya ini membuat masyarakat pandang serong pada muslimah bertudung labuh dan berjubah yang lain. Sekurang-kurangnya saya tak menjebakkan diri pada benda haram dan tak menggoda lelaki.
Dan saya adalah seperti wanita lain yang ingin mengabdikan diri di jalan dakwah dan tarbiyah.Thanks pada bro hamka.Kalau sudi, balas email secepat mungkin. Panjang saya bebel. Maaf ye. Wassalam.
*****************Email 2
Assalamualaikum..
Kehadapan Bro. Hamka.
Saya (muslimah)berumur 22 tahun, menuntut di U, tahun ke-3 dan berhajat ingin berkahwin. Tetapi, masalahnya, keluarga saya membantah. Ada yang kata:-buat kerja satu demi satu (maksudnya, belajar dulu baru kahwin).-yang dahulu didahulukan, yang kemudian, dikemudiankan.-kamu dah langgar amanah. Tujuan kamu ke U tu untuk belajar. Bukan untuk menggatal.-nanti kalau kamu dah ada anak, siapa pula nak jaga?mertua?nanti mulalah dia tak kasi kamu bela dah...
Gurlp. Saya dah terlanggar amanah ker?
Ni yang macam tak puas hati ni.
Nampak sangat macam keluarga saya ni berfikiran tertutup dan terlalu memandang negatif.Bukan itu sahaja, macam tak percaya kepada perancangan Allah.
Fenomena kahwin ketika belajar ni bukanlah satu perkara yang baru dalam kalangan warga U di sini. Contohnya, baru baru ni, kawan satu jurusan dengan saya (lelaki) telah berkahwin dengan seorang muslimah daripada jurusan lebih kurang, sebaya juga.
Nak lagi? Dis lepas, 3 orang telah bernikah. 2 perempuan (tahun ke-2 dan ke-3) dan seorang lelaki tahun ke-4.
Ustaz saya pun selalu cakap: tak ada pula dalam syarat sah kahwin cakap pelajar tak leh kahwin.Sekarang ni, halangan semua daripada keluarga saya. Mereka takut/risau saya tak boleh nak tumpu 100% pada studi. Bukan itu sahaja, mereka takut saya termengandung dan akan mengganggu studi. Fuh, bro Hamka, berat ni..
Untuk pengetahuan brot. Hamka, calon saya tu berumur 25 tahun dan kerja biasa-biasa sahaja; bukanlah bergaji atau berpangkat besar. Tak berharta sangat orangnya.
so,macam mana yer...apa pendapat brot. Hamka yang byk pengalaman ni...
orang muda nak kahwin pun banyak halangan..
.
**************Email 3
Assalamualaikum saudara Hamka,
saya adalah seorang pelajar di luar negara. saya ingin mendapat sedikit nasihat dan mungkin juga bantuan dari tuan.
**************Email 3
Assalamualaikum saudara Hamka,
saya adalah seorang pelajar di luar negara. saya ingin mendapat sedikit nasihat dan mungkin juga bantuan dari tuan.
saya mempunyai seorang kawan perempuan dan sama-sama belajar satu universiti, juga berasal daripada malaysia. kami sangat rapat, dan berharap dapat berkahwin secepat mungkin. kami bimbang akan terlanjur. kami amat sukar untuk mengelak daripada berjumpa kerana belajar dalam jurusan yang sama, semua kelas pun sama. tambahan pula rumah kami berdekatan. hanya iman senipis kulit bawang sahaja lah yang menahan kami sekarang.
kami telah bertanya kepada ibubapa kami tentang hajat kami, tapi telah ditentang. mereka mahu kami menghabiskan pelajaran dahulu. mungkin tuan dapat membantu kami?
Terima kasih.
***********************Email 4
bro hamka:
memang masalah anak remaja sekarang tenatng kahwin,. Kawan-kawan kite pun, ada yang minta permission nak kawin, tapi mostly parents tak yakin nak kasi kawin. dia dah kuarkan semua hadis-hadith nabi yang ada, pasal perempuan kena cepatkan kawin bila dah sampai jodoh, n etc.. tapi still tak dapat permission.. kan ke sedih tuh.biasanya excuse yang di bagi ialah, tunggu habis study, then tak kerja and tak stable lagi, macam mana nak tanggung family (duit scholar banyak..huhu), macam-macam lagi laa.. tak pun, awal sangat laa nak kasi kawin ( kiteorg dah 22- 23 tau, awal sangat eh? )
Tolong!
****************Email 5
Salam bro Hamka,Boleh bro berkongsi idea untuk memujuk parents yang menghalang perkahwinan semasa belajar? Aku nak kawin bro,belah perempuan dah kasi, tapi mak ngan bapak aku berkeras tak nak kasi aku kahwin. Duit insyaAllah tak mnjadi masalah sebab kitaorang dua-dua dapat scholar,cukup untuk menampung keperluan bulanan dan siap bole beli tiket balik melaysia tiap-tiap tahun. Pening kepala aku bro,awek aku tu dah la satu kelas ngan aku, umah pun dekat giler. Tolong aku bro!
*************Email 6
salam bro hamka,:-)aku ada cket masalah ler,..aku nak sangat kahwen ngan sorng awek nih,..tapi masalahnyer sekarang dia tengah belajar..camner aku nak buat?? parent dia lak jenis cerewet.aku ni sayang giler kat dia. dia pun setuju bernikah ngan aku.tapi family dia lak maslah,..ish apa nak buat nih???,.nak tunggu abes belajar, 2 3 tahun lagi tu,..aku kan lelaki,.. walaupun gaji aku ni tak lah banyak cam anak raja tu,tapi sekadar hidup senang boleh r.tapi alamak,..kantoi kat parent lak,.aku lom pernah jumpa parent dia.tapi dia bagitahu parent dia tu memang pentingkan pelajaran anak-anak..aku confiussss,...tolong ler bro,..kami nak bina masjid ni,...bantulah orang yang tengah buntu ni...:)
*************
Argghh, memang banyak jika nak copy/pste semua ini, dan aku perasan sibuk tak mampu nak tolong jawab untuk mereka semua, lagipun apa sangat aku boleh tolong???Akhir kata:-
Sekali lagi, Aku tak dapat tolong mereka, hanya Allah yang dapat tolong mereka dunia dan akhirat, dan wahai ibu bapa sekalian, kamu ada ASBAB untuk tolong mereka, tolonglah anak anak kamu yang nak sangat kahwin itu!.
Alangkah besarnya pahala dan ganjaran untukmu..Syaitan menangis bila anak adam berkahwin….
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua..
Sekali lagi, Aku tak dapat tolong mereka, hanya Allah yang dapat tolong mereka dunia dan akhirat, dan wahai ibu bapa sekalian, kamu ada ASBAB untuk tolong mereka, tolonglah anak anak kamu yang nak sangat kahwin itu!.
Alangkah besarnya pahala dan ganjaran untukmu..Syaitan menangis bila anak adam berkahwin….
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua..
*******
Ps: Jangan pulak yang tak sabar nak kahwin mintak anak aku pulak, anak aku belum habis belajar lagi, tadikapun belum start! heh!
KESIMPULAN(musti nak point finger kat mak bapak dulu). Bekalkan ilmu yang cukup kat anak-anak. Esok depa nak kawen awal senang.
Bila depa ada ilmu. Depa ada kerja. Ada rejeki.Dapat kawen awal, esok anak-anak depa pon senang nak kawen awal. Pasal mak apak depa dah bekalkan ilmu kat depa.
Takyah la guna duit JPA/PTPTN nak kawen. Kalo la org lain tau, tak berlaku adil jugak bagi org lain yang nak belajar (belom nak kawen lagi) tp tak dapat pinjaman/tajaan.
TINDAKAN SUSULAN-Cari ilmu kawal nafsu pada masa yang sama boleh tambah tambah amal dan ilmu agama.