Friday, November 30, 2007

Memori ITM Manjung

benda2 yang mula2 terbayang dlm kepala hotak aku semasa di sana...

No 1:
Wak, alaa si wak lah, aku pun dah lupa nama betul dia. terkenal dgn t-shirt striking kaler kuning, spec old fashion, songkok. mmg kampung betul tapi awek cun x silap aku. alim tu mmg alim tapi ada aje benda yg aku rasa geram sgt kat dia, itu yg terasa nak campak dia kat tangga T6 tu. kepada wak, sorry ye bergurau je tu...

No 2:
Songkok. Junior kita yang rambut mcm songkok tu. sembahyang ke x sembahyang tetap pakai songkok. antara nickname yg unik.

No3:
wak lagi, masa tu br habis exam lepak kat pangkor (gambar bawah). duit xde nk sewa chalet, kamipun tido tepi pantai, bila dah mlm nk nyala api punya lah payah, yg si wak ni x pasal2 nk mandi dlm gelap gulita tu, apa dgn spender getah dah loose dia pun terlompat2 mencari gigi air, yg heran bunyi air xde tapi bunyi berdebuk, rupa2 dia sudah terjun tiruk atas pasir. kepada sesiapa yg berada di tempat kejadian... kenang2 kan lah dan mari kita pecah perut sekali lagi.



















No4:
lagu 'apa saja' by KRU. yg sepatutunya di perform masa dinner part 3 kot. kat sini aku secara ikhlas nak mintak maaf kat kengkawan yg terlibat sbb last minute aku tarik diri dan diganti dgn pejoi. sbb nyer biarlah bersemadi dlm hati aku... hahaha...... tapi aku dah cover balik dgn lagu XPDC tu kan...

No5:
scoreboard. aku susah nk lupa kan dia ni sbb penamaan nickname dia sgt sempoi. lagipun...

besok sambung lagi, ngantuk

Thursday, November 29, 2007

Rahsia Eshah didik 15 anak hingga ke universiti

Mmg dasyat. Nak mengalir air mata aku baca kisah acik ni. Patut dibukukan. Macammana dia besarkan 17 org anak beb. It not that easy, aku yg besarkan 2 org anak ni pon mcm2 hal. Ini 17 beb. Futher 15 org masuk universiti. Subhanallah.
Saaaaaaaluuuuuuuuuuuuuuuuuute.


Oleh Norila Daud





Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (kiri) memakaikan selendang khas kepada Eshah Din, 70, yang dipilih sebagai Ibu Mithali 2007 berikutan keupayaannya membesarkan 17 orang anak sehingga berjaya pada majlis penganugerahan Ibu Mithali Ibu Sejati di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Raja Jaafar Ali.



KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang penoreh getah miskin, Eshah Din, 70, yang membesarkan 17 orang anaknya dengan memberi mereka makan pisang lenyek bercampur nasi dinobatkan sebagai Ibu Mithali 2007.Seramai 15 orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

Eshah yang memenangi Anugerah Ibu Mithali dengan menewaskan empat calon lain menerima hadiah wang tunai RM25,000, plak, naskhah al-Quran, pakej umrah, sijil simpanan premium RM1,000, barang-barang kemas bernilai RM8,000, loket, selendang dan jubah. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah menyampaikan anugerah dan hadiah-hadiah tersebut kepada Eshah yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah. Seramai 4,000 tetamu turut menyaksikan acara bersejarah itu yang menobatkan Eshah sebagai penerima Anugerah Ibu Mithali Kesembilan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Eshah yang berbaju kurung dan bertudung serba hijau diiringi suaminya, Sulaiman Saipin, 74. Sulaiman ialah penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2006. Seramai 10 orang anaknya bersama keluarga masing-masing turut meraikan kejayaan ibu mereka yang kelihatan tabah dan masih cergas walaupun telah berusia 70 tahun. Eshah yang ditemui selepas acara penganugerahan itu berkata, kesemua 16 anaknya diberikan makan pisang lenyek bercampur nasi ketika mereka berusia empat bulan kecuali anak bongsunya, Nurhana, kini 27, yang berpeluang makan ‘Nestum’.

“Masa dulu mana ada Nestum. Anak-anak saya diberi makan pisang lenyek dan nasi serta minum susu cap junjung,’’ katanya dalam loghat Jawa disambut gelak ketawa para wartawan. Dengan hanya berpendapatan RM400 sebulan, ibu yang tidak pernah mengerti penat dan kecewa itu turut menjual mihun dan nasi lemak di estet tempat beliau dan suami bekerja sebagai penoreh getah bagi menambah pendapatan.

“Saya menjual mihun lima sen sebungkus kepada penoreh getah di estet selain menjual jamu yang dibuat sendiri,’’ katanya. Menurut anak perempuan sulung Eshah, Rosilah, 45, walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan, ibunya tidak pernah merungut tentang kesusahan membesarkan anak-anaknya yang ramai itu. Beliau berkata, ibunya tidak pernah jemu menemani bapanya menoreh getah di Ladang Malakoff dekat Tawar yang terletak lima kilometer dari Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah.

‘‘Ibu sanggup mendaki bukit untuk menoreh getah ketika mengandung sembilan bulan dan segala kepayahan ditanggungnya sendiri,’’ katanya sambil menitiskan air mata ketika menceritakan kepayahan ibunya menyara 17 adik-beradiknya. Rosilah, seorang guru, kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur. Di kalangan 17 adik-beradiknya, tujuh adalah guru, dua bekas anggota tentera, seorang pegawai kastam, seorang jurutera, tiga akauntan, seorang tukang masak, pegawai alam sekitar dan pengurus ladang.

Katanya, ibunya sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan tidak pernah merungut. Semua masalah dan keperitan membesarkan anak-anak ditanggung sendiri. ‘‘Memang bukan mudah untuk membesarkan 17 orang anak,’’ katanya. Sebagai anak perempuan sulung dan anak keenam, Rosilah berkata, beliau hanya membantu ibunya di rumah. Abang-abangnya pula menolong bapa menoreh getah di estet.

Sementara itu, Eshah ditanya sama ada beliau pernah mengalami keadaan tidak cukup makanan untuk diagih-agihkan kepada 17 orang anaknya. ‘‘Apabila mereka bergaduh kerana berebut makanan yang dihidang, suami saya akan merotan dan melibas mereka kerana cara itu dapat mendisiplinkan mereka. ‘‘Kami berdua tidak makan tak apa asalkan mereka (anak-anak) cukup makan,’’ katanya yang kini mempunyai 80 cucu dan seorang cicit. Ditanya bagaimana beliau mengajar anak-anak ketika mereka bersekolah, Eshah berkata: ‘‘Saya tidak bersekolah macam mana nak ajar... saya hanya memperingatkan mereka dan bapanya pula jika nampak (dakwat) ‘merah’ itu maknanya anak buat salah.’’

Menurut Eshah, kesemua 17 anaknya lulus peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dengan baik dan 15 daripada mereka berjaya meneruskan pelajaran ke menara gading. Mengenai rahsia kejayaan anak- anaknya dalam pendidikan, Eshah berkata, beliau sentiasa menyuruh anak-anak membaca buku apabila mereka balik dari sekolah. ‘‘Pada sebelah malam, mereka mesti ada di rumah. Saya tidak benarkan mereka tidur di rumah saudara-mara. Kalau susah biar kita sama-sama susah di rumah sendiri,’’ katanya.

Menurutnya, setelah mempunyai 12 orang anak, ada juga orang datang meminta untuk menjaga anak-anaknya tetapi beliau enggan menyerahkan mereka kepada orang lain. Kini dua orang anaknya tinggal di luar negara iaitu seorang di New Zealand dan seorang lagi di Mesir.

Saturday, November 24, 2007

What Does a System Administrator Do?

What is a system administrator? Well, look at the title. Administrator
of systems. A system administrator takes care of systems.

Now, most people read "system" to mean an individual computer, and think
that all a sysadmin does is clean viruses off your computer and replace
your monitor. That's not wrong -- but it is only one page of the whole
story.

A real computing system is larger. Very few computers work just on their
own anymore; when you use the web, play a game online, share files with
a friend, or send email, you're using a complex and intricate collection
of computers, networks and software that come together to do the job
you're asking.

A sysadmin manages these systems -- they figure out how to bring storage
from one server, processing from another, backups from a third and
networking from a fourth computer all together, working seamlessly. For
you.

It's not an easy task. Your sysadmins need to understand in depth
computing protocols. They often have to know something about
programming, something about hardware, a lot about software -- and even
more about the people using their system.

A sysadmin is a professional, with complex skills, ethical challenges,
and a daunting job. Many, if not most, people find computers difficult
to use, and sometimes they're unreliable. Being a sysadmin doesn't
absolve someone of dealing with unreliable computers. Oh, one can dream
of such a day, but the opposite is true; no one sees more dead computers
in a day than a sysadmin. No one sees them doing truly baffling things,
and no one has more stories of computers failing, acting possessed, or
even catching on fire.

The challenge of a sysadmin is making a computing system -- a whole
network of resources and servers and software -- work together, work
right, work even when parts of it fail -- and work for you.

That's the most important job of the sysadmin: to work for you. To take
the staggering array of technologies, acronyms, protocols, networks,
vendors, budgets, limited time, competing products, and threats to the
computing network, assemble them all together in a working system. Their
job is not only to be the geek in the corner who types all day. What
they're doing is bringing these diverse pieces of technology into order,
and fitting them together to fill your needs at work and home; to
translate the world of computing into human terms.

This is a daunting task and we're still at the cutting edge; we're not
perfect, and the field is still figuring itself out. Being a sysadmin
takes a certain boldness, to be one of the first people to take on the
challenge of turning difficult computers into easy to use systems. But
hundreds of thousands of people are working in that field now, from the
entry level help desk tech to the corporate CIOs and everyone in
between.

So when you think of a sysadmin, think of the people who run the servers
that help you clean it off, the people who run your backups to make sure
your data is safe, the people who bring you the network, the people who
monitor it for security -- and yes, the person who cleans the virus off
your computer and replaces your monitor.


Regards,

Zulkiflee Zainal
CTI Server - Malaysia
Tel:03-23832539
Email:zulkiflee.zainal@citi.com

Friday, November 23, 2007

Anak siapakah dia?



Nih email pertama tuk official posting dari kawan kita encik *&%6*. Dia tak kabo pon apa status terkini. Jadi jom main teka teka.

Anak siapakah dia?
Sapa mak abah dia?

Sila teka dibahagian komen tu. Ole.

Suckers & Lickers




Gambar seribu makna. Jadi anda berada dimana?

T6 Corner?


Tersebut lah kisah bebudak kampung dan bandar telah datang mendaftar sebagai pelajar Diploma Sains Komputer di ITM Seri Manjung pada sekitar Jun 1996. Ada yang duduk blok J, K pun ada, pendek kata bersepah2 lah.
Tapi hari demi hari, semester demi semester, makin lama makin ngam pulak bebudak batch ni, x kira lah laki ke pompuan ke. Nak dijadikan cerita bebudak lelaki telah buat satu komplot utk conquer satu unit kolej iaitu T6. So bila dah duduk sekali ni, dengan mcm2 ragam dan perangai masing2, maka pelbagai idea sudah timbul untuk membuat havoc. (Biasa lah tu, sape tak suka jadi glamer).
Buat team bola lah, kedai runcit lah, pusat hiburan lah dan T6 Corner pulak tercipta masa diorang ni join Minggu IT ITM tahun berapa ntah. Setup wayang 50 posen yang paling x tahan tu, monitor 15" dgn seat 3-4 rows, mmg menyumpah sape yang bayar tu. hahahaha!!!!
So nama T6 Corner tu melekat lah sampai sekarang bila nak merefer kepada x-student batch tu.

Sekian wassalam......

Bowling Tournament

Kejohanan Bowling T6 Corner 2008 Assalamualaikum semua!!! Setelah berbelas-belas bulan rasanya kita tidak mempunyai sebarang aktiviti. Mari kita hidupkan kembali suasana harmoni dan ceria 12 tahun yang lampau dengan menyertai Kejohanan Bowling Tahunan T6 Corner 2008!!!

Acara yang sepatutnya menjadi tahunan ini tidak dapat diadakan pada tahun lepas atas sebab yang tersendiri, tetapi itu bukan penghalang untuk menghidupkannya kembali untuk kali yang kedua pada bulan Januari 2008 nanti. Ayuh!! tunggu apa lagi? jom lah join, berlatih dari sekarang dan sebagai pembakar semangat, pelbagai kategori hadiah sedang menanti anda. Antaranya jatuhan pin terbanyak, strike terbanyak, longkang terbanyak dan lagi banyak. Bukan itu sahaja nyak, objektif utama kita iaitu untuk berjumpa sahabat2 lama, bergurau senda, bertanya khabar, berjumpa 'kekasih lama' juga dapat kita capai dengan menyertai acara ini.
Butiran lanjut akan diumumkan sebelum 1 December 2007.


Keputusan Kejohanan Bowling T6 Corner 2006 di Ampang SuperBowl, Ampang Point:
Men's category: Champion = ARMAN
1st Runner Up = BOTAQ

Wowen's category:
Champion = AMY
1st Runner Up = KAMSIAH

Introduction !!!

Atas permintaan mereka2 yg agak celik IT tu, terpaksa lah jugak aku mengikut peredaran zaman utk create satu blog untuk kita share.
Kepada pakar2 mahu pun starters dlm blog ni, sumbangan anda amat dialu2kan.