benda2 yang mula2 terbayang dlm kepala hotak aku semasa di sana...
No 1:
Wak, alaa si wak lah, aku pun dah lupa nama betul dia. terkenal dgn t-shirt striking kaler kuning, spec old fashion, songkok. mmg kampung betul tapi awek cun x silap aku. alim tu mmg alim tapi ada aje benda yg aku rasa geram sgt kat dia, itu yg terasa nak campak dia kat tangga T6 tu. kepada wak, sorry ye bergurau je tu...
No 2:
Songkok. Junior kita yang rambut mcm songkok tu. sembahyang ke x sembahyang tetap pakai songkok. antara nickname yg unik.
No3:
wak lagi, masa tu br habis exam lepak kat pangkor (gambar bawah). duit xde nk sewa chalet, kamipun tido tepi pantai, bila dah mlm nk nyala api punya lah payah, yg si wak ni x pasal2 nk mandi dlm gelap gulita tu, apa dgn spender getah dah loose dia pun terlompat2 mencari gigi air, yg heran bunyi air xde tapi bunyi berdebuk, rupa2 dia sudah terjun tiruk atas pasir. kepada sesiapa yg berada di tempat kejadian... kenang2 kan lah dan mari kita pecah perut sekali lagi.
No4:
lagu 'apa saja' by KRU. yg sepatutunya di perform masa dinner part 3 kot. kat sini aku secara ikhlas nak mintak maaf kat kengkawan yg terlibat sbb last minute aku tarik diri dan diganti dgn pejoi. sbb nyer biarlah bersemadi dlm hati aku... hahaha...... tapi aku dah cover balik dgn lagu XPDC tu kan...
No5:
scoreboard. aku susah nk lupa kan dia ni sbb penamaan nickname dia sgt sempoi. lagipun...
besok sambung lagi, ngantuk
Friday, November 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
No6:
Mazhar...hehehe....aku masih ingat lagi masa kami ada friendly-match dengan 2nd Team Arab-Bank. Masa tu mana ada ITM nak sponsor, semua sendiri...so masa nak p tu kami naik van yang disewa oleh Coach Azmi. Nak dijadikan cerita...masa kami dalam perjalanan ke KL (area Sabak Bernam rasanye) ada la road-block...dan van kami dithan...yang peliknya dalam ramai2 yg ada dlm van tu, si mazhar je yg si polis tu minta ic siap suluh kat muka pulak tu....lepas je road-block tu kami pakat gelak ramai2...ada yang cakap,"Aku rasa mamat polis tu ingatkan ko ni mat bangla la mazhar!".... hahahaha....tapi aku respek la dengan mazhar... dia cool je sambil kontrol senyum sumbing....
No7:
Gunting Rambut...ya ini satu aktiviti yang memang aku tak boleh tinggal masa kat itm dulu...Tapi ada 2 kes yang aku ingat sampai sekarang...
1. Geng t-six pakat ramai2 (aku rasa dalam 7-8 orang) botakkan kepala termasuklah aku dan encik botak (kasi 'botak' lagi) masa final exam part 2 rasanya.
2. Satu malam tu masa part 5/6 rasanya, ada mamat junior (yang suka buat rambut macam encik botak) datang jam 1.30 pagi kat markas t-six..."Bang...abang apis...", dia kejutkan aku..."Ha...nape?", aku jawab lepas terjaga sambil gosok2 mata dan capai spek mata...terbeliak mata aku bila nampak....Astaga....
kalau tengok sebelah kanan: botak, kalau tengok sebelah kiri: berambut
kalau tengok sebelah depan: ha...korang bayangkanlah macamana.Kami yang sempat terjaga pagi tu dok pakat gelak giler 'tooot' dulu, pastu baru tolong dia ratakan kepala supaya 'semuanya' botak. Dia cakap...masa tengah gunting rambut tu...teiba mesin rambut dia terbakar...tu yang panik tu...nak ratakan pakai gunting...lambat so p la jumpa aku minta tolong ratakan. Time tu pulak, mesin aku pun terbakar lepas ratakan kepala encik botak...hem....jawabnya guna gunting jugak la...lama la jawabnya...tapi tak kisah pasai lagi lama la kami boleh gelakkan dia...hahahhaa...
huhu.. pit.. ko buat la entry pas tu kasi ke pak tam suh dia load... apa2 pon korang buat aku gelak pepagi ni. adus.. kes wak lompat ke air tu.. dia ngan cepek malam tu... hahahha...
No.8:
Kaos...ni sorang lagi...kalau aku lalu kat Seremban ke...Kuala Pilah ke...Port Dickson ke...kat mana2 la selagi dalam negeri Sembilan...aku mesti terkenangkan beliau dengan En. Mustafa (lecturer COBOL tu...ala yang pakai spek mato bosa tu)...aku memang tak boleh lupa dia dok marah si Kaos (khairul)pasal apa aku tak ingat..."Ha tu la.. ekau makan lagi kek kodai roti koleng bangang tu...ekau pun samo jadi bangang jugak!"...hish...apo la diorang ni, satu kampongpun nak bertokak...lantak la orang nak makan roti apo pun....apa2pun tahniah la buat encik kaos kerana berjaya mengharungi zaman tu dan kalau tak salah aku dahpun berkahwin dengan aweks cun yang dok main hoki sama2 dengan aku...aku cam muka dia tapi pakcik dah lupo la pulak namo eh...
No.9:
Bergaduh...benda ni paling aku dan kekawan t-six yang lain tak suka. Tapi tetap berlaku.
1. Masa part1 aku hampir2 nak bergaduh dengan wak gara2 aku nak buangkan habok dari songkok dia masa nak start kelas encik Mus. Tapi dapat dileraikan oleh X-Bakal Suami Mrs. Norli.
2. Masa part4 aku bergaduh (tak tentupasal aku yang kena!) dengan Popai...lama juga tak bertegur sapa...tapi kami berdua settlekan diluar mahkamah pasal apa akupun dah tak ingat. Tapi skang ni ok dah..takda 'keep n carry'!
3. Masa part4 jugak rasanya.Wak bergaduh dengan jebon (kalau tak salah aku la nama dia)...naik je rumah, hidung berdarah dan bahagian atas kemeja hijau belang2 floresen dia tu pun bersepah percikan darah. Time tu kalau tak salah aku si Lestari masih ada dan nak menuntut bela bersama2 dengan geng-geng yang lain la kononnya tapi tawaran ditolak bulat2 oleh encik Wak....pastu kes tu tutup macam tu jer...
4. Dan kalau tak salah aku pasal kes bergaduh jugalah encik botak enggan menyampaikan lagu 'APA SAJA' malam tu....hehehe....apa kes?...aku pun tak ingat...tapi kalau tak salah aku dengan 'ttooot'...."Oh..Sabarina...kekasih lama. Sudah lama kita tidak berjumpa.", "Saya ada lagu baru", "Lagu apa?", "Lagunya...Perempuan Gila...Anak Saudagar Penipu!","Ala...macam2 la!","Hahaha...sedap lagunya, kedai lain tak jual, kedai ni saja ada!"...petikan dari pilem 3 Abdul-Scence: masa Sarimah nak ngorat P.Ramlee atas perintah bapaknya(Ahmad Nisfu)
No10:
Control Hensem/Macho...
hahahahahaaa,...hahahahaha....biar aku habiskan gelak dulu... hahahahahahahaha.....
Benda ni CUKUP PENTING dalam organisasi T-SIX Corner. Kalau aku, ikut ranking la kan:
1. Encik Abu
2. Encik Abang
3. Encik Botak
4. Encik Kana ("Hai gurls..!)
5. Encik Mufti
6. Encik Pen
7. Lestari
Biasa....
1. Encik Din
2. Encik Songeh
3. Encik Najmi
4. Encik Mie
Sempoi...
1. Encik Sam (Ada ke kucing dia demam...pi kasi panadol 2 bijik...mati la kawan tu...hemmm...memang dah mati pun!!!)
2. Encik Khaidir (weii...encik zul...aku rasa ni la nama sebenar encik wak!)
3. Encik Jep (Eh! Omputeh cakap jalan, apa?)
4. Encik Popai
5. Encik Kokdiang
6. Encik Cepek (mana lah dia simpan hadiah harijadi berupa batu nesan tu agaknya ye?)
7. Encik Gannu
8. Encik Kaos
9. Encik Superman
10. aku..
11. Encik Mazhar
12. Encik Bob
Tapi dalam ramai2 tu, encik botak la yang paling menyerlah...diakan pandai nyanyi....aweks pun ramai...ada janggut tu....perhhh....
Tak campur lagi masa bergambar ala2 mr. universe lagi...fuiyo....seksi tu...tapi kena tolak tepi encik nuek la kan pasal serabai giler....
Sesiapa yang masih simpan gambo tu mesti ingat punya...dan kalau tak salah aku yang tukang ambik gambonya adalah encik gannu....
Encik gannu ni pun satu hal...ada ke patut suruh mak dia kirimkan buah rambutan dari terengganu (Wakaf apa tah tak ingat!) dengan perkhidmatan Pos...sampai je kat ITM Manjung...buah tu dah bonyo/lebam...tapi tak nak kempunan punya pasal rasa la sikit....
Can I upstanding turn what a contrast to find someone who actually knows what theyre talking prevalent on the internet. You definitely be sure how to report an uncertain to street lamp and return it important. More people impecuniousness to review this and twig this side of the story. I affectedness believe youre not more in fashion because you definitely take the gift.
[IMG]http://www.sedonarapidweightloss.com/weightloss-diet/34/b/happy.gif[/IMG]
wak bergaduh ngan jebon? hahahahha aku dah ceta kat popeye cite tu..
mase lepas gaduh tu ade budak nak tibai wak.. tapi aku cakap tak yah...
wak ngan aku pernah 1 company kije..
dok 1 umah bujang, lepak minum sesame..
heheheheh
tapi last last dia benti.. tak tau pasal ape...
mase tu tahun 1999..
-jay bond-
Post a Comment