Artikel dari sorang member di dunia blog. Skadar berkongsi artikel2 menarik dari blog beliau. http://ernisuhana.blogspot.com/ aka cik cepotet
Love is a bittersweet word!!
Does anyone believe in that statement?
As for me, it depends on how we define love. 'Someone' told me that "Love is neither something you can demand nor something you give for a reason. Learn to love unconditionally, and you may receive happiness in the form of love. Do not hope for love as love works in mysterious ways... "
and till now, I still can't erase that 'someone' from my memory. *termenung*
ok, stop! jangan la dok pikirkan lagi benda yang dah lepas. wat merana diri je kan beben? tapi menipu betullah kalau aku sesenang nak lupakan dia. melainkan, kalau aku dah nyanyuk atau dah ilang ingatan, mungkin senang kot. bak kata izzah, "percintaan kami umpama roller coaters!"
yeaahh, roller coaster yang suka naik turun tak tentu arah. tak besh tau dak! *senyum kelat*
oyya, sekarang ni musim mengawan. opsss silap, musim kenduri kahwin. hakhak..
banyak betul undangan kawin yang aku terima dari kengkawan. tak kira from opismate, ex-opismate, kengkawan kat UNITEN dulu, kengkawan kat UiTM, ex-schoolmate SMKASAS, ex-schoolmate SMKE and ex-schoolmate masa sekolah rendah, SKT. whooooooooaaaaa, sangat ramai yang dah nak mendirikan masjid. seronoknya. tahniah untuk kalian! maaf sebab tak mampu nak hadiri majlis kalian. maklumlah, kerja makan gaji ni lain. nak plak keje cam aku ni. cuti tak sama orang, keje pun tak sama ngan orang. huhuhu..
bila sebut pasal kawin ni, macam macam perasaan ada. kalau ikutkan, aku ni muda lagi. tapi bila balik kampung je, mesti akan kuar soklan soklan cepumas yang buatkan aku rasa cam nak berkurung dalam bilik je. aih, tua sangat ke umur aku ni? *keluh*
minggu lepas, masa aku tengah sebuk mencicah mangga ngan mak, abah tanya bila 'dia' nak mai masuk meminang. terkedu kejap aku dibuatnya. alahai abah.. angah kan dah tolak lamaran tu. nak masuk minang apanya. tapi, aku jawab dalam ati je la. memang aku selalu senyap je kalau kuar soklan soklan camni.
masa kat umah opah pun sama. aku tengah sebuk dok main ngan danish, opah leh bersuara. "amboi, danish panggil angah mama? tak lama lagi, memang jadi mama la angah ni. bila 'dia' nak datang meminang? kata aritu bulan March?"
errkkk! nak tersedak air yang aku tengah minum time tu. adoiiii.. malasnya la nak balik kampung dah pehni. sadis btol soklan soklan yang aku terima sejak akhir akhir ni. huhuhuhu..
bukan aku tak nak kawin. memang aku nak sangat kawin. tapi, nak kawin sekarang bukan senang. dah le blanje mahal. pehtu, aku rasa gomen patut tambah rukun nikah yang sedia ada dari 5 ke 6. rukun nikah yang sedia maklum ialah - lelaki, perempuan, wali, saksi 2 orang dan ijab kabul. tapi kena tambah satu lagi, yakni - kursus kawin. sebab kat Mesia ni, kalo takde kursus kawin, takleh kawin. kan dah jadik cam wajib lak kan?
isk, memandai je aku ni. tapi, betul lah kan. kalau nak wat kursus kawin pun, nape perlu ada bayaran? walhal semua tu pun dah diajar masa kita di tingkatan 5 dulu. tatau la kalau ade yang terlebih mendalam plak yang diajar dalam kursus kawin ni kan. opss.. aku lom gi lagi kursus kawin. lom ade pasangan. tak brani la nak komen lelebih. kang kena banned plak. hikhik. *sengih*
zaman sekarang ni, sangat susah nak carik lelaki yang ikhlas sayangkan kita. tapi, bila aku cakap camtu, orang akan kata aku memilih. so wut? life is all about choice. and kita berhak memilih siapa jodoh kita. and kalau dah memang tertulis di Luth Mahfuz itu adalah jodoh aku, aku terima. aku tak perlukan teman hidup yang sempurna tapi aku sangat inginkan teman hidup yang baik.
mungkin kenyataan aku agak konservatif but yes, i'm still seorang gadis kampung yang sentiasa percaya, walau camne jahat pun seorang lelaki, perempuan tetap kena jadik insan yang baik lelebih lagi untuk suaminya. perempuan adalah backbone bagi lelaki. tak kira susah atau senangnya lelaki tu, kalau kita dah bersedia untuk idup bersama, perempuan kena sentiasa bersama sama menerima tiap dugaan yang ada.
bagi aku, aku tak kisah kalau pendapatan lelaki tu kurang dari aku tapi aku akan jadik amat bangga kalau dia sentiasa berusaha untuk memajukan diri walau dengan hanya menjual goreng pisang di tepi jalan. aku penah cakap ngan mak, aku suka lelaki yang rajin usaha.
aku selalu bayangkan dua situasi yang berbeza.
andainya aku kahwini lelaki yang kaya raya dan sentiasa sebuk mencari rezeki, pasti kami akan kurang bertemu dan berkasih sayang. aku sebuk dengan kerjayaku dan dia dengan kerjayanya. bila malam, masing masing penat, tidur dan teruskan aktiviti yang sama tiap hari (kecuali hari minggu mungkin). oh, sungguh tak besh!
tapi bayangkan kalau..
aku kahwini seorang lelaki yang sederhana. pengamalan cara hidup juga pastilah sederhana. waktu susah, kami akan bersama sama berkongsi sekeping biskut bersama. dan waktu senang, kami akan bergembira bersama. alahai.. suwitttnyaaaa! tapi, ade lagi ke pasangan seperti ini pada era sekarang? hmmm..
wooohoooo.. dah panjang aku mencakar. oklah, sekian cakaran yang tak berfaedah untuk malam ni. aku nak gi layan DVD McGyver.
Sekian.
tidak perlu mencari secantik balqis andai diri tak sehebat Sulaiman. mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha, tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa di dambakan teman hidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri. bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu.. Amin.
No comments:
Post a Comment